Tuesday 9 September 2014



             ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA




    Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya. Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar sebelum sempat serangan dilakukan. Perjalanan seterusnya adalah melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara yang membawa mereka tiba ke sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang laut dan orang asli. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403.

Asal usul nama Melaka :

Pokok Melaka
Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok.Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri.
Istilah ArabMulaqah, Malakat
Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab . Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud ‘pertemuan’ . Mereka juga menyebut Melaka ‘Malakat’ yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’.
Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok Amalaka
Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta.Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan.Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan kediaman agama Hinduu iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib.Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut.


Asal Usul Nama Melaka :

                                              
Negeri ini ialah negeri yang kedua terkecil selepas Perlis. Keluasannya cuma 1,657 kilometer persegi. Panjangnya dari utara ke selatan ialah 40 kilometer dan lebarnya dari barat ke timur ialah 69 kilometer.Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah . Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam ‘Syair Jawa’ bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam dalam tahun 1360. Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia serta bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke-14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya.Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.
Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.
Baginda mendapati di muara sungai itu ada sebuah perkampungan nelayan di mana penduduknya melakukan kerja membuat ikan masin untuk dijual kepada pedagang-pedagang yang datang dari luar. Tempat itu dikenali sebagai ‘Malagas’ atau ‘Mulagas’, sempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin. Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa Melaka berasal dari perkataan ‘Malagas’. Menurut Gasper Correa, penulis sejarah pada tahun 1551 mengatakan bahawa Parameswara melarikan diri ke Melaka, didapati sudah ada penempatan orang Melayu asli dan orang Laut. Dalam buku ‘Suma Oriental’, nama Melaka dikatakan berasal daripada perkataan ‘Malaya’ yang bermaksud ‘tempat perlindungan’. Menurut cerita, semasa Parameswara sampai ke Muar, sekumpulan Orang Selat telah bertemu dangan baginda dan memohon supaya baginda merajai mereka di suatu tempat yang lebih sesuai iaitu di Bertam lalu Parameswara bertitah kepada mereka, “kamu semua tahu dalam bahasa kita,seseorang yang melarikan diri itu dipanggil ‘Melayo’, oleh itu baiklah tempat ini dipanggil ‘Malaya’ kerana tempat ini tempat perlindungan kita”. Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada ‘mirabolanos’ iaitu sejenis buah yang dikeringkan. Nama Melaka juga dikaitkan dengan ‘Malayakolam’ atau ‘Malayaka’ yang bererti ‘negeri orang Melayu’. Nama itu juga mempunyai persamaan dengan nama satu suku yang terdapat di India yang pernah disebut dalam cerita ‘Mahabhrata’. Kedudukan geografinya yang strategik iaitu di Selat Melaka menyebabkannya menjadi pusat tumpuan pedagang dari luar yang singgah di Melaka. Oleh itu, pedagang Arab memanggil bandar pelabuhan itu ‘Mulagah’ yang bererti ‘tempat berjumpa’. Kadang-kadang tempat itu dipanggil ‘Multaqam’ (tempat berkumpul) kerana semua pedagang dari timur dan barat berkumpul dan berjual beli di situ. Ada juga yang menyebut Melaka sebagai’malakat’ atau ‘malaqqa’ yang bererti ‘pasar’ atau ‘tempat berniaga’. Pengasas negeri Melaka ialah Parameswara di mana baginda ialah anak raja Srivijaya yang berasal dari Palembang. Baginda terbabit dalam satu pemberontakan di Sumatera menentang kerajaan Majapahit. Setelah gagal dalam pemberontakan itu baginda lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh angkatan Majapahit. Akhirnya baginda sampai di Temasik (nama lama bagi Singapura). Ketibaan baginda disambut oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi. Temagi adalah wakil pemerintah kerajaan Siam yang memerintah di situ. Malangnya, Parameswara berniat jahat terhadap Temagi. Temagi mati dibunuh oleh Parameswara dan kematian Temagi itu dituntut bela oleh Siam.Parameswara dan pengikut-pengikutnya terpaksa melarikan diri sehingga sampai ke suatu tempat yang akhirnya dinamakan Melaka. Tarikh pembukaan Melaka adalah sekitar tahun 1402.


Sistem pentadbiran Melaka

                
Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu system pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.




Peranan Sultan

  • Lambang perpaduan kaum
  • Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
  • Menyelaras Kegiatan-kegiatan ekonomi
  • Melantik pembesar negeri
  • Mengetuai angkatan tentera
  • Mengetuai hubungan diplomatik


Peranan pembesar dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan



  •             Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik, jujur dan bijaksana
  •             Mereka bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka




  
    Pembesar dan Kawasan Pegangan



  •      Satu cara digunakan oleh sultan untuk meningkatkan sokongan pembesar adalah memberi kuasa kepada mereka untuk mentadbir satu kawasan yang tertentu

    Pembesar dan kawasan jajahan dan daerah



  •      Sultan melatik pembesar-pembesar di kawasan jajahan dan daerah. Mereka diberi tanggungjawab untuk memungut cukai. Kawasan ini dikenali kawasan pemakanan

   
    Jangka Masa Pemerintahan Melaka



      Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.
                               
        Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka. Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.) Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.




    KEISTIMEWAAN MELAKA



      Kedudukan Geografi yang Strategik : 
        Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengahtengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau.
     

 Pemimpin yang Berwibawa :
       Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.
      Peranan Dan Pengaruh Agama :
        Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam meupakan pedagang utama di Melaka. Kedatangan mereka menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara.

      Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China :
        Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.
      Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot :
       Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.
     Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka :
       Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.
      Pengurusan Perdagangan yang Cekap :



     Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum dan sistem percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal perdagangan,perkapalan dan pelayaran.

     Kemudahan di Pelabuhan Melaka :
     Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudanggudang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga.
     Sistem Cukai yang Berkeutamaan :
       Sistem cukai berkeutamaan telah menarik perhatian pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat seperti Jawa, Maluku dan Sumatera.
     Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca :
      Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan komunikasi dalam urusan perdagangan.
     Peranan Orang Laut :
      Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka.
     Perlaksanaan Undang-undang :
      Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat jaminan keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.


     PENYEBARAN ISLAM DI MELAKA

      Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah :



  •          Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad    ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.
  • ·           Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
  • ·        Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.
  • ·      Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.
  • ·     Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.



     Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam :

·       Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
·    Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
·      Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
·   Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
·     Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
·      Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
·     Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.

Kegemilangan Kesultanan Melaka

  Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini. Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.


Kejayaan Melaka

  Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.



Pengaruh Zaman Kesultanan Melayu Melaka Terhadap Kerajaan Perak    Dan  Pahang



      PERAK                                                                                     
 
kewujudan zaman Bukti kesultanan melayu perak
      1.    Artifak
·      Penemuan pelbagai artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti kota tampan dan gua badak di lenggong,gua kerbau disungai siput dan gunung churau di Ipoh.Terdapat juga catatan dalam Sulalatus Salatin tentang kewujudan kerajaan tua di perak seperti beruas dan dinding.
      2.    Asal usul nama :
·   Perak juga pernah disebut sebagai sebuah negeri bernama “Gangga Negara”yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 dikawasan beruas atau manjung,Perak. Nama Perak dikaitkan dgn logam perak. Sejarah Perak tulisan A. Halim Nasir - nama Perak sempena nama Sg Perak di Chegar Galah yg terdapat ikan berwarna putih spt perak.
     3.    Pengasas Kesultanan Perak
·    Ketika Kesultanan Melaka jatuh kerana serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau dan Baginda mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda Sultan mempunyai tiga orang putera, bernama Raja Alauddin Riayat Shah, Raja Mudzaffar Shah dan Raja Ahmad Shah. Yang sulung telah mendirikan Kesultanan Johor, sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan ditabal menjadi sultan. Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melaka.

     4.    Menurut sejarah Melayu dan Salasilah Perak :   
·       Kesultanan Perak diasaskan.
·      Tun Saban hadap Sultan Mahmud Shah - memohon putera baginda dirajakan di Perak.
·      Raja Muzaffar putera Sultan Mahmud Shah dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri iaitu Cura Si Manjakini.
·       Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak pertama – Sultan Muzaffar Shah.
·       Pusat pemerintahan di Tanah Abang.
    5.    Perak terkenal dgn perdagangan bijih timah sejak zaman kerajaan Beruas dan Manjung.
    6.    Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar ingin menguasai Perak.
    7.    Acheh menawan Perak dan jadikannya negeri naungan.
    8.    Belanda kepung Perak dan memaksa sultan Perak menandatangani perjanjian dengan VOC.
    9.    Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda dalam perjanjian ini.Perjanjian antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan Thomas Acheppers.
    10. Ketika Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara Megat Terawis tentukan sempadan Siam dan Perak.
    11. Penentuan sempadan memudahkan pembesar Perak memungut cukai.
    12. Cukai daripada lombong bijih timah di Klian Intan (diusahakan oleh orang Reman dari Siam) menjadikan negeri Perak kaya.
     13. Siam menyerang Perak beberapa kali.Perak tewas.
     14. Perak hantar bunga emas setiap tahun kpd Siam.
     15. Perak membenarkan orang Siam membeli bijih timah dengan tidak membayar cukai.
   16. Tindakan Siam tidak terhasil apabila British melibatkan diri melalui Perjanjian Low di Perak.Harus    berbangga dengan kekayaan hasil bumi negeri Perak.
     17. Bersyukur kerana dikurniakan negara yang mempunyai semulajadi yang digunakan untuk kesejahteraan rakyat.


Pahang

              

      1.    Asal usul nama :
·        Menurut rekod China, orang Cina mengenali Pahang sebagai Phang atau Pahang.
·    Penulis China iaitu Chao Ju-Kua mencatatkan Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan bernaung di bawah Palembang.
·        Orang Arab mengenali Pahang sebagai Fahan.
·    Menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang diambil sempena nama pokok Mahang yang tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung Kembahang.
·        Menurut buku sejarah Melayu, Pahang dikenali sebagai Pura.
    2.  Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Mansor Shah, baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan Muhammad Shah menjadi sultan Pahang.
      3.    Bermulanya sultan Pahang berketurunan kesultanan Melaka.
      4.    Tahun 1641 hingga 1673, Pahang diperintah oleh Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini menandakan berakhirnya keturunan sultan Melaka memerintah Pahang.
      5.    Berlakunya perpecahan kerajaan Johor, – Pahang diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.
      6.    Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahri.
      7.    Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan Pahang – gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah. 
      8.    Menurut catatan Portugis dan China, Pahang menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.