ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya
yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan
Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan
puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara,
Parameswara telah berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi
tidak berjaya. Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang
diperintah oleh Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya.
Kedudukan geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara
membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam
dengan mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya
melarikan diri ke Muar sebelum sempat serangan dilakukan. Perjalanan seterusnya
adalah melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara yang membawa mereka tiba
ke sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu,
orang laut dan orang asli. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara,
seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara
tahun 1400 hingga tahun 1403.
Asal
usul nama Melaka :
Semasa berburu Parameswara melihat
seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang
berehat di bawah sepohon pokok.Keberanian pelanduk yang kecil
tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan
berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri.
Istilah
ArabMulaqah, Malakat
Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab . Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud ‘pertemuan’ . Mereka juga menyebut Melaka
‘Malakat’ yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’.
Mitos
Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok Amalaka
Nama ini diambil daripada pokok
iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta.Pokok ini dianggap mempunyai kuasa
ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan.Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana
pokok ini dikaitkan dengan kediaman agama Hinduu iaiatu Brahma Vishu. Buahnya
juga dianggap buah ajaib.Oleh sebab pelabuhan Melaka
berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu mengaitkan Melaka dengan pokok
tersebut.
Asal
Usul Nama Melaka :
Menurut cerita sewaktu Parameswara
sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang
anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil
itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak
negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil
seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan
kejayaan.
Baginda mendapati di muara sungai
itu ada sebuah perkampungan nelayan di mana penduduknya melakukan kerja membuat
ikan masin untuk dijual kepada pedagang-pedagang yang datang dari luar. Tempat
itu dikenali sebagai ‘Malagas’ atau ‘Mulagas’, sempena namanya sebagai pusat
menjual ikan masin.
Baginda memerintahkan supaya
sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama
pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.
Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa Melaka berasal dari perkataan
‘Malagas’. Menurut Gasper Correa, penulis sejarah pada tahun 1551 mengatakan
bahawa Parameswara melarikan diri ke Melaka, didapati sudah ada penempatan
orang Melayu asli dan orang Laut.
Dalam buku ‘Suma Oriental’, nama
Melaka dikatakan berasal daripada perkataan ‘Malaya’ yang bermaksud ‘tempat
perlindungan’. Menurut cerita, semasa Parameswara sampai ke Muar, sekumpulan
Orang Selat telah bertemu dangan baginda dan memohon supaya baginda merajai
mereka di suatu tempat yang lebih sesuai iaitu di Bertam lalu Parameswara
bertitah kepada mereka, “kamu semua tahu dalam bahasa kita,seseorang yang
melarikan diri itu dipanggil ‘Melayo’, oleh itu baiklah tempat ini dipanggil
‘Malaya’ kerana tempat ini tempat perlindungan kita”.
Pendapat lain pula mengatakan
bahawa nama Melaka berasal daripada ‘mirabolanos’ iaitu sejenis buah yang
dikeringkan. Nama Melaka juga dikaitkan dengan ‘Malayakolam’ atau ‘Malayaka’
yang bererti ‘negeri orang Melayu’. Nama itu juga mempunyai persamaan dengan
nama satu suku yang terdapat di India yang pernah disebut dalam cerita
‘Mahabhrata’.
Kedudukan geografinya yang
strategik iaitu di Selat Melaka menyebabkannya menjadi pusat tumpuan pedagang
dari luar yang singgah di Melaka. Oleh itu, pedagang Arab memanggil bandar
pelabuhan itu ‘Mulagah’ yang bererti ‘tempat berjumpa’. Kadang-kadang tempat
itu dipanggil ‘Multaqam’ (tempat berkumpul) kerana semua pedagang dari timur
dan barat berkumpul dan berjual beli di situ. Ada juga yang menyebut Melaka
sebagai’malakat’ atau ‘malaqqa’ yang bererti ‘pasar’ atau ‘tempat berniaga’.
Pengasas negeri Melaka ialah
Parameswara di mana baginda ialah anak raja Srivijaya yang berasal dari
Palembang. Baginda terbabit dalam satu pemberontakan di Sumatera menentang
kerajaan Majapahit. Setelah gagal dalam pemberontakan itu baginda lari untuk
menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh angkatan Majapahit. Akhirnya baginda
sampai di Temasik (nama lama bagi Singapura). Ketibaan baginda disambut oleh
pemerintah Temasik iaitu Temagi. Temagi adalah wakil pemerintah kerajaan Siam
yang memerintah di situ. Malangnya, Parameswara berniat jahat terhadap Temagi.
Temagi mati dibunuh oleh Parameswara dan kematian Temagi itu dituntut bela oleh
Siam.Parameswara dan
pengikut-pengikutnya terpaksa melarikan diri sehingga sampai ke suatu tempat
yang akhirnya dinamakan Melaka. Tarikh pembukaan Melaka adalah sekitar tahun
1402.
Sistem pentadbiran Melaka
Bagi
melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan
satu system pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar
Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar
yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini,
sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar
yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh
Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
Peranan Sultan
- Lambang perpaduan kaum
- Ketua
agama Islam dan adat istiadat Melayu
- Menyelaras
Kegiatan-kegiatan ekonomi
- Melantik
pembesar negeri
- Mengetuai
angkatan tentera
- Mengetuai
hubungan diplomatik
- Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik, jujur dan bijaksana
- Mereka bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka
- Satu cara digunakan oleh sultan untuk meningkatkan sokongan pembesar adalah memberi kuasa kepada mereka untuk mentadbir satu kawasan yang tertentu
- Sultan melatik pembesar-pembesar di kawasan jajahan dan daerah. Mereka diberi tanggungjawab untuk memungut cukai. Kawasan ini dikenali kawasan pemakanan
Pada awalnya Melaka
bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila
Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai
agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama
lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan
Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir
Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin
Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka. Pemerintahannya
itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan
tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri
rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte
Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai
perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat
of Venice.) Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri
yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat
Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan
lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka
ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di
Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik
pada masa itu.
Kedudukan Geografi
yang Strategik :
Pemimpin yang Berwibawa :
Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi
Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar
Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan
Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin
tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan
ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.
Peranan Dan Pengaruh
Agama :
Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara
telah menyebabkan ramai pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan
mereka ke Melaka dari Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam
meupakan pedagang utama di Melaka. Kedatangan mereka menjadikan Melaka sebagai
pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara.
Hubungan Persahabatan
Antara Melaka dengan China :
Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada
ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang
aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga
telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya
perkembangan perdagangan dua hala.
Melaka Berperanan
Sebagai Pusat Entrepot :
Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada
peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan
Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah
ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah
menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.
Dasar Imperialisme
Kerajaan Melaka :
Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus
menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil tempatan dibawa
ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera
telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar
dan Rokan.
Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan
pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat beberapa golongan penting menguruskan
perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang
tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum dan sistem
percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal perdagangan,perkapalan
dan pelayaran.
Kemudahan di Pelabuhan
Melaka :
Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat
perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal
telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina
untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan
perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudanggudang dikelilingi
oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga.
Sistem Cukai yang
Berkeutamaan :
Sistem cukai berkeutamaan telah menarik perhatian pedagang untuk
berdagang di Melaka. Kerajaan Melaka telah menggunakan sistem cukai
berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan
Burma. 3% bagi saudagar Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan
bayaran tidak rasmi bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat
seperti Jawa, Maluku dan Sumatera.
Penggunaan Bahasa
Melayu Sebagai Lingua Franca :
Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang
dalam urusan komunikasi dalam urusan perdagangan.
Peranan Orang Laut :
Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan
perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok
belok ilmu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka.
Perlaksanaan
Undang-undang :
Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka. Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan
pedagangpedagang mendapat jaminan keselamatan barang-barang, kapal dan diri
mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.
Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad
ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara
merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula
berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda
juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun
Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang
di Melaka. Antaranya adalah :
- · Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
- · Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.
- · Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.
- · Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
Melaka sebagai Pusat
Penyebaran Agama Islam :
· Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat
pertemuan ulama dan pendakwah.
· Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar
pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
· Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama
dan membaca al-Quran.
· Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang
terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
· Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan
menyimpan kitab agama Islam.
· Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
· Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu
berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.
Kegemilangan Kesultanan Melaka
Pada tahun 1459, Sultan Mansur
Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik,
Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi
mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah
menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan
dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga
menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk
mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang
pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini
ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur
di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga
dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini. Semasa pemerintahan
Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri
daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.
Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit
kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak
tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
Kejayaan
Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan
baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai
kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin
berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah
Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China.
Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan
mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat
martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya
kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang
cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan
Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada
kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor,
Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat
daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan
agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai
satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis
serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16
Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka
bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi
juga dari segi perluasan wilayah. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai
sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai
penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang
Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar
barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan
warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya
kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi
nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
kewujudan zaman Bukti
kesultanan melayu perak
1.
Artifak
· Penemuan
pelbagai artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti kota
tampan dan gua badak di lenggong,gua kerbau disungai siput dan gunung churau di
Ipoh.Terdapat juga catatan dalam Sulalatus Salatin tentang kewujudan kerajaan
tua di perak seperti beruas dan dinding.
2.
Asal usul nama
:
· Perak juga
pernah disebut sebagai sebuah negeri bernama “Gangga Negara”yang dipercayai
wujud pada abad ke-5 atau ke-6 dikawasan beruas atau manjung,Perak. Nama Perak
dikaitkan dgn logam perak. Sejarah Perak
tulisan A. Halim Nasir - nama Perak sempena nama Sg Perak di Chegar Galah yg
terdapat ikan berwarna putih spt perak.
3.
Pengasas
Kesultanan Perak
· Ketika
Kesultanan Melaka jatuh kerana serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud
Shah berundur ke Kampar, Riau dan Baginda mangkat di sana pada tahun 1528.
Baginda Sultan mempunyai tiga orang putera, bernama Raja Alauddin Riayat Shah,
Raja Mudzaffar Shah dan Raja Ahmad Shah. Yang sulung telah mendirikan
Kesultanan Johor, sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan
ditabal menjadi sultan. Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada
Kesultanan Melaka.
· Kesultanan
Perak diasaskan.
· Tun Saban
hadap Sultan Mahmud Shah - memohon putera baginda dirajakan di Perak.
· Raja Muzaffar
putera Sultan Mahmud Shah dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri
iaitu Cura Si Manjakini.
· Raja Muzaffar
ditabalkan sebagai sultan Perak pertama – Sultan Muzaffar Shah.
· Pusat
pemerintahan di Tanah Abang.
5. Perak terkenal dgn perdagangan bijih timah sejak
zaman kerajaan Beruas dan Manjung.
6. Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar ingin
menguasai Perak.
7. Acheh menawan Perak dan jadikannya negeri naungan.
8. Belanda kepung Perak dan memaksa sultan Perak
menandatangani perjanjian dengan VOC.
9. Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda
dalam perjanjian ini.Perjanjian antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan Thomas
Acheppers.
10. Ketika Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara
Megat Terawis tentukan sempadan Siam dan Perak.
11. Penentuan sempadan memudahkan pembesar Perak
memungut cukai.
12. Cukai daripada lombong bijih timah di Klian Intan
(diusahakan oleh orang Reman dari Siam) menjadikan negeri Perak kaya.
13. Siam menyerang Perak beberapa kali.Perak tewas.
14. Perak hantar bunga emas setiap tahun kpd Siam.
15. Perak membenarkan orang Siam membeli bijih timah
dengan tidak membayar cukai.
16. Tindakan Siam tidak terhasil apabila British
melibatkan diri melalui Perjanjian Low di Perak.Harus berbangga dengan kekayaan
hasil bumi negeri Perak.
17. Bersyukur kerana dikurniakan negara yang mempunyai
semulajadi yang digunakan untuk kesejahteraan rakyat.
1.
Asal usul nama :
·
Menurut rekod China, orang Cina
mengenali Pahang sebagai Phang atau Pahang.
· Penulis China iaitu Chao Ju-Kua
mencatatkan Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan bernaung di bawah
Palembang.
·
Orang Arab mengenali Pahang sebagai
Fahan.
· Menurut cerita tradisi Melayu, nama
Pahang diambil sempena nama pokok Mahang yang tumbang merentasi Sungai Pahang
di Kampung Kembahang.
·
Menurut buku sejarah Melayu, Pahang
dikenali sebagai Pura.
2. Ketika Melaka diperintah oleh Sultan
Mansor Shah, baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan Muhammad Shah
menjadi sultan Pahang.
3.
Bermulanya sultan Pahang berketurunan
kesultanan Melaka.
4.
Tahun 1641 hingga 1673, Pahang
diperintah oleh Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini menandakan berakhirnya
keturunan sultan Melaka memerintah Pahang.
5.
Berlakunya perpecahan kerajaan Johor,
– Pahang diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.
6.
Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa
daripada Bendahara Tun Mutahri.
7.
Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan
Pahang – gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah.
8.
Menurut catatan Portugis dan China,
Pahang menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.